Mesyuarat Taklimat Bersama Pengerusi Ko-Nelayan

Mesyuarat Taklimat Bersama Pengerusi Ko-Nelayan

Mesyuarat Taklimat Bersama Pengerusi Ko-Nelayan
16 Mac 2026
Program
Sabah

Mesyuarat Taklimat Bersama Pengerusi Ko-Nelayan

Pada 16 Mac 2026 (Isnin), sebuah Mesyuarat Taklimat telah berjaya diadakan bersama Pengerusi Ko-Nelayan, YB Datuk Harun Bin Durabi.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar Ko-Nelayan, Tuan Haji Yusof Bin Haji Ag. Besar, yang telah menggariskan dengan jelas mengenai misi, visi serta peranan agensi ini dalam membangun dan memperkasakan masyarakat, khususnya dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera dalam sektor perikanan negeri Sabah.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Puan Dahara Binti Paro, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Nelayan), Encik Ag Asmat Bin Haji Ag Saman, Penolong Pengurus Besar (Khidmat Pengurusan), Encik Pelef Bin Meneh @ Salleh, Penolong Pengurus Besar (Perancangan & Pembangunan Strategik), serta Encik Mohammed Noorfaiz Bin Yusof selaku Ketua Unit Penternakan Ikan Marin, mewakili Bahagian Pembangunan Industri Perikanan.

#konelayan #konel #sabah

Kembali ke Aktiviti 2026